Fitnah Mu'tazilah Ahmad_ibn_Hanbal

Apabila Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid menaiki takhta, di hujung pemerintahannya beliau telah dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak terpesong daripada Al Quran dan As Sunnah. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh golongan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah makhluk ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.

Khalifah telah memaksa para ulama untuk menyatakan bahawa Quran adalah makhluk. Ramai para ulama ditangkap, disumbat ke dalam penjara serta dibunuh. Dikatakan hampir seribu alim ulama yang mati. Adapun ulama yang pro kerajaan Muitazilah menyokong fatwa serta menyatakan barangsiapa yang enggan mengucapkan seperti mana yang diucapkan oleh Mu'tazilah, maka mereka menjadi sesat dan kafir.

Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah melancarkan untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mu'tazilah. Para ulama diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah.

Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mu'tazilah. Sewaktu Al Makmun hendak menangkap Imam Ahmad, Imam Ahmad berdoa agar tidak bertemu dengan Al Makmun. Dengan taqdir Allah, Al Ma'mun telah mati di dalam perjalanan tidak sempat menangkap Imam Ahmad. Namun khalifah Al Mu'tasim yang menggantikan Al Makmun juga sama sepertinya berfahaman Mu'tazilah. Semua para ulama terpaksa mengikut fahaman aliran Kerajaan dan ada yang telah pun mati. Tinggallah Imam Ahmad sebagai sumber inspirasi rakyat yang menjadi rujukan mereka. Imam Ahmad pada ketika itu berkata 'Al Quran Kalamullah, qadeem dan bukannya makhluq.Soal makhluq atau tidak itu merupakan perbincangan falsafah.

Imam Ahmad menceritakan kepada anaknya beliau berkata, "Ketika daku sedang duduk bersolat di tengah malam mereka datang lalu mengheret ku keluar daripada rumahku . Mereka bawa daku, gari daku dengan rantai. Terasa rantai itu berat sangat tidak terdaya daku mengangkatnya. Mereka naikkan daku di atas kuda hendak membawaku ke penjara. Aku tidak mampu duduk di atas kuda. Berat nya besi itu. Setiap kali daku hendak terjatuh daku berkata," اللهمّ احفظني " Ya Allah tolong jaga ku. lalu aku pun tegap. Ya Allah tolong jaga ku. Lalu daku tegap. Lalu mereka pukul kuda agar berjalan, bawa daku masuk ke dalam penjara yang sangat gelap. Sehingga daku tidak tahu di manakah arah qiblat. Mereka mengheretku di penghujung malam. Yang ku sebut hanyalah "حسبي الله لا إله إلّا هو عليه توكّلت وهو ربّ العرش العظيم" cukuplah bagiku Allah. Tidak ada yang diabdikan melainkanNya. Dialah Tuhan Arasy yang maha agung". Tidak tahu di mana hendak berwudhu, lalu dihulurnya tangan, tiba-tiba ada air yang sejuk turun dan beliau pun berwudhu. Begitulah karamahnya Imam Ahmad.

Sewaktu itu di belakang khalifah adalah para ulama Muktazilah seperti Ahmad bin Abi Dua'at. Fahaman selain dari Muktazilah dilarang untuk sebarkan. Para Khatib dan pengajar di masjid-masjid adalah para ulama dari kalangan Muktazilah saja.

Apabila siang, mereka membawa Imam Ahmad berjumpa dengan khalifah Al Mu'tasim. Lalu Mu'tasim berkata, "Wahai Ahmad aku tidak mahu menyiksa kamu. Tolonglah kata sebagaimana para ulama ku kata. Lalu mereka berdebat dengan Imam Ahmad. Segala hujjah dibawakan. Imam Ahmad berkata, "Bawakan kepada ku nas Al Quran dan As Sunnah agar daku boleh ikut apa yang kamu kata. "Mereka enggan. Lalu khalifah memanggil ulama-ulama termasuk Ahmad bin Abi Duat dan mereka berkata," Bunuh dia wahai khalifah! Darahnya kami tanggung!". Namun Mu'tasim berkata,"Aku takkan bunuhnya dengan pedang". Ini kerana pengaruh Imam Ahmad tersangat besar beratus ribu menyokongnya. (Ketika itu penduduk Baghdad berjumlah lebih 2 juta). Imam Syafei berkata'" Daku tidak tinggalkan Baghdad seorang lelaki yang lebih faqih, lebih alim lebih zuhud daripada Ahmad bin Hanbal". Yahya bin Maien(ulama hadith) berkata," Aku cuba untuk jadi seperti Imam Ahmad selama 3 hari tapi tidak terdaya/tidak menjadi". Ali Al Madini, guru Imam Bukhari berkata," Jikalau Imam Ahmad duduk di kalangan Bani israel nescaya dia akan jadi tanda." Sebahagian riwayat kata dia boleh jadi nabi.

Betapa pun solehnya Imam Ahmad, namun khalifah telah memerintahkan Imam Ahmad disebat kerana enggan mengikut fatwa ulamanya. Imam Ahmad disebat sebanyak 160 sebatan. Tukang sebat berkata, "Jika aku sebat gajah sebanyak 16 kali dengan tahap ini akan rebahlah ia." Sekali sebatan Imam Ahmad sebut Bismillah. Kali ke dua Imam Ahmad sebut "La hawla wala quwwata illa billah". Sebatan yang ke tiga dan seterusnya Imam Ahmad sebut" Quran ghaira makhluq! Quran ghaira makhluq" Sehingga sebatan yang ke 160 Imam Ahmad tdak tahan lalu pengsan. Sedar saja dia dapati dirinya berada dalam penjara. Dalam penjara Imam Ahmad hanya menyebut "Hasbiyallah wa ne'mal wakeel..." "Cukuplah bagi ku Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan urusan" (Kata Ibn Abbas: Inilah kalimah yang disebut oleh nabi Ibrahim as lalu Allah selamatkannya daripada terbakar. Nabi Muhammad melafazkan kalimah ini lalu Allah selamatkan baginda saw)..Al Quran menyebut "الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Al Imran:173. (Orang-orang yang dikatakan kepada mereka, Nun orang ramai hendak ambil tindakan terhadapmu, bimbanglah mereka akan ambil tindakan! Lalu bertambah iman mereka dan berkata : Hasbunallahu wa ne'mal wakeel" (Cukuplah bagi kami Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan segala urusan) .

Selama 28 bulan Imam Ahmad di penjarakan. Khalifahpun telah uzur. Rakyat di luar telah pun bising dan khalifah mulai bersusah hati. Sehinggakan apabila dihidangkan makanan khalifah akan berkata," Janganlah hidangkan makanan kepadaku selagi Ahmad bin Hanbal tidak makan". Apabila ditanya Imam Ahmad "sudahkan beliau makan?" Kerana khalifah enggan makan selagi Imam Ahmad tidak makan lalu dijawabnya,"Daku tidak akan makan disebabkan khalifah" Dikatakan sepanjang Imam Ahmad berada di dalam penjara beliau berpuasa. Di malam hari beliau minum dan makan tetapi tidak lah diketahui dari mana datangnya makanan itu. Bahkan sewaktu beliau di hukum sebat oleh khalifah Imam Ahmad sedang berpuasa.

Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah al=Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Pembebasan dan pengiktirafan

Apabila Al Wathiq menaiki tahta baginda telah membebaskan Imam Ahmad. Imam Ahmad pulang ke rumahnya. Ramai lah rakyat yang datang berkunjung menziarahi beliau. Di akhir-akhir hayat Imam Ahmad beliau banyak menghabiskan masanya bersama golongan miskin dan kanak-kanak.. Imam Ahmad berpesan agar perbanyakkan kesabaran kerana hidup di dunia ini teramatlah singkat.

Apabila khalifah Al Mutawakkil menaiki tahta, beliau merupakan seorang khalifah yang menjunjung Al Quran dan As Sunnah. Khalifah Al Mutawakkil telah menghapuskan segala ajaran ulama di zaman khalifah sebelumnya. Beliau telah menghantar sejumlah wang bayaran kepada Imam Ahmad serta memuliakan Imam Ahmad. Tatkala Imam Ahmad melihat wang yang dihantar khalifah beliau berdoa, ( اللهم إني أخشى على فتنة المال اشدّ من فتنة العذاب ) "Ya Allah daku takut kepada fitnah harta lebih daripada aku takut kepada fitnah azab. Kembalikan semula wang ini kepada khalifah tidak mengapa".

Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.

Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh Khalifah Al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar. Walaupun demikian Ahmed bin Hanbal enggan menerima tawaran tersebut kerana enggan mendekati istana dan mereka yang berkuasa di istana. Khalifah Al-Mutawakkil sebaliknya memberikan ganjaran kepada Salih bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmed bin Hanbal. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuannya, Ahmed bin Hanbal memarahi anaknya dan enggan memakan sedikitpun daripada kemewahan anaknya.

Ahmed bin Hanbal menjadi masyhur dan terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah. Pengajaran dan penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali.